Awak dah cukup romantik ke???

dunhill

Di sebuah taman, sepasang kekasih sedang berbisik-bisik: Lelaki: “Sayang, apa yang paling kamu dambakan?” Teman wanitanya dengan malu-malu kucing berkata: “Perkara yang paling ku dambakan ialah, kamu mencium diri ku di 3 tempat.” Lelaki: “Ah, itu mudah, cuba kamu katakan di tiga tempat yang mana?” Wanita: “Paris, London dan New York.”

Awaklah satu-satunya milik saya

kemiskinan

Suami yang Miskin Seorang isteri marah pada suaminya untuk kesekian kalinya. Isteri: “Mengapa kamu tidak memberitahu saya terlebih dahulu yang kamu miskin hah!” Suami: “Saya sudah beritahu kamu, kamu hanya mengangguk dan tidak mahu memahami.” Isteri: “Apa yang kamu katakan?” Suami: “Saya beritahu kamu, cuma kamulah satu-satunya milikku di dunia ini…” Isteri: “#$*@#!?”

Susah ke nak pujuk isteri???

merajuk

Isteri merajuk manja sebab suami tak minum kopi yang dibuatnya pagi tadi.. Suami Cuba memujuk , tetapi isteri tetap berdiam diri hingga berjam-jam lamanya, sehingga suami membongkar satu rumah mencari sesuatu. Tak Sabar dengan karenah suami yang menyelerakkan barang-barang, isteri pun bertanya Isteri : Abang cari apa nie? Suami : Suaramu Sayang..